MEKAR YANG HILANG KINI MUNCUL SEMULA
Hai Assalamualaikum, Agak lama aku tinggal blog tanpa sebarang berita mengenai kehidupanku yang kini berusia 25 tahun, aku masih lagi terkapai-kapai dalam kestabilan hidupku. Aku Fakhirah, berumur 25 tahun dan baru sahaja memegang jawatan baru sekian lam aku mencari kesesuaian pekerjaan dalam hidupku. Bukan lah untuk aku katakan pekerjaan tidak bagus tapi juga bakal membawaku ke peringkat yang lebih baik dari sebelum ini. Untuk diriku tahun ini, yang semakin hampir ke penghujung cerita untuk tahun 2024. Aku mengambil kesempatan kepada diriku. Fakhirah, aku bangga kepada diri kau yang kini kau berjaya teruskan hidupku sehingga sekarang ini kau berjalan dan terus berjalan di muka bumi ini. Walaupun dirimu masih lagi tertanya-tanya tentang apakah langkah seterusnya yang patut kau lakukan buat dirimu. Tidak mengapa, dunia ini masih lagi punya waktu kau ada untuk kau teruskan langkah kau sehingga habis. Sesungguhnya aku gembira kerana dirimu masih lagi berdiri di atas kakimu send...