KOSONG
Assalamualaikum nukilan jiwa,
sudah lama jari tidak menekan di papan nada, menanti kepulanganku harini ini. Sudah tiba masanya aku kembali dengan membawa kisah sedihku yang mungkin kali ini aku bawa tanpa sebab. Hati makin longlai dan sarat kesedihan dan jiwaku meronta-rontah, rohku sedang memanggil jasad untuk kembali dengan harapan membawa khabar berita yang indah.
Tidak aku merasakn sebegitu kosong dek kerana perkara yang menimpa atas diriku yang semakin hari semakin mancabar dan sukar buat diriku untuk meruskan perjalanan. Aku sudah masuk ke dalam fasa kedewasaan, dan kini umurku berusia 24 tahun. Sedikit mencabar buat diriku yang masih perlukan bimbingan rohani dan jasmani yang terus membuarkan aku untuk tidak hilang semangat.
Si dia yang kini sudah bersama denganku hampir setahun, risau dan khawatir akan kondisiku yang kian sarat memerlukan kasih sayang. Aku sedih kerana diriku yang masih lagi tidak dapat membuatkan diriku ini berharga di mata khalayak masyarakat. Namun sedikit pandangan yang baik daripada si dia tidak lah membuatkan aku rasa tidak syukur, malah aku bersyukur akan kehadirannya yang selalu ada disamping aku.
Aku tidak dapat nak ungkapkan kesedihan kerana berpunca dari pelbagai jenis masyarakat mahupun individu. Sejujurnya aku merasakan yang aku tidaklah layak untuk sesiapa yang dapat memuaskan kebahagiaan mereka. Ternyata aku gagal membahagiakan diriku sendiri.
Aku mahu bangkit dari sisi kegelapan ini dan teruskan hidup seperti biasa. Aku terlalu sakit ingin aku rasakan kebahagiaan ini. Jujur, aku mahu hidup, aku mahu teruskan perjalanan aku dan tidak mudah berputus asa.
Aku dan Si dia sedang menjalani cabaran kehidupan kami sebelum ke bahtera yang sah dan hari yang bahagia buat kami berdua. Aku mengaharapkan agar si dia tetap bersabar denganku yang kadang-kadang perangai seperti iblis yang cuba untuk merenggangkan hubungan kami berdua sendiri. Selagi aku masih bernafas, tidak ingin aku untuk cuba melangkah jauh dari si dia, yang banyak membantu aku dan memimpin aku ke mana sahaja aku mahu pergi.
Ya Allah, Tuhan pemilik segala hati dan jiwa, Tuhan seluruh alam, menciptakan langit dan bumi dan berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu. Engkau Maha perancang dan Maha Menentukan, Sesungguhnya hambamu ini buntu dan memerlukan bantuan-MU. Aku serahkan segalanya kepada Engkau kerana Engkau seorang yang mampu mebolak balikkan hati umatmu, Engkau yang dapat mengubah takdir dari buruk kepada baik dan disebaliknya. JIka hidayah ini milikmu, maka Engkau turunkan kepadaku. Jika hal ini akan membawakan aku kepada Engkau, dekatkanlah. Maka Engkau permudahkan urusan kami tahun depan ya Allah. Ampunkan dosa kami dan jadikanlah bahtera ini sebagai sebahagian dari keberkatan dan keredhaanMU. Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Aamiin Aaamiin ya Rabbalalamin.
Yang Benar,
Fakhirah Yusoff
Comments
Post a Comment