I miss myself

 Hye, malam ni aku menulis lagi, masih banyak rasa yang membuat diri ini terluka. Apa yang aku hilang? Kemungkinan diri aku lagi, segala kenangan aku tatap dan imbas. Ianya telah membuatkan diri aku jadi sedih atas apa yang telah berlaku dalam diri. Mungkin benar apa yang dikatakan, aku perlu pulih diri aku semula. Aku perlu cari diri aku semula. Seperti mahu menangis malam ini, tidak tahu mengapa. Sakit hati ini terasa di jiwa. Aku rindu diriku yang dulu. Rindu kenangan dulu di mana aku punyai teman yang ramai, dan teman hidup yang sementara. Tapi itu semua sebahagian daripada kenanganku. Aku perlu ke depan. Aku perlu bersedia menghadapi apa yang sedang berlaku. Dan perlu menerima apa yang telah berlaku.

Aku harus maafkan diri aku, jiwa ini terlalu mudah untuk berkecai. Sakitnya mungkin tidak tertanggung. Tapi aku setidaknya harus percaya pada diri aku dan yakin dalam apa jua yang datang. Ya Tuhan, kuatkan jiwa dan jasad ini untuk teruskan langkah. Permudahkan urusan ku. Aamiin.

Comments

Popular Posts