MEKAR YANG HILANG KINI MUNCUL SEMULA
Hai Assalamualaikum,
Agak lama aku tinggal blog tanpa sebarang berita mengenai kehidupanku yang kini berusia 25 tahun, aku masih lagi terkapai-kapai dalam kestabilan hidupku. Aku Fakhirah, berumur 25 tahun dan baru sahaja memegang jawatan baru sekian lam aku mencari kesesuaian pekerjaan dalam hidupku. Bukan lah untuk aku katakan pekerjaan tidak bagus tapi juga bakal membawaku ke peringkat yang lebih baik dari sebelum ini.
Untuk diriku tahun ini, yang semakin hampir ke penghujung cerita untuk tahun 2024. Aku mengambil kesempatan kepada diriku. Fakhirah, aku bangga kepada diri kau yang kini kau berjaya teruskan hidupku sehingga sekarang ini kau berjalan dan terus berjalan di muka bumi ini. Walaupun dirimu masih lagi tertanya-tanya tentang apakah langkah seterusnya yang patut kau lakukan buat dirimu.
Tidak mengapa, dunia ini masih lagi punya waktu kau ada untuk kau teruskan langkah kau sehingga habis. Sesungguhnya aku gembira kerana dirimu masih lagi berdiri di atas kakimu sendiri berpijak pada dunia nyata. Maafkanlah jasadmu rohmu ini kerana perkara yang menyakitimu. Aku tahu kekurangan kasih sayang, cinta yang kau sangat perlukan itu tidak diberikan kepada kau, tapi percayalah akan sesosok jejaka yang datang hadir ke dalam hidupmu yang akan membahagiakan hidup kau. Mungkin bukanlah kasih sayang yang datang itu daripada seseorang yang kau perlukan iaitu ayah mu, akan tetapi, jejaka ini, berusaha, menjadi pengganti ayahmu untuk ayahmu berikan pinjaman kasih sayang nya kepadanya untuk diberikan kepadamu.
Usah kau menangis, meratapi kesedihan ini, usah kau kecewa apabila dirimu ini tidak dihargai. Dunia ini hakikatnya ada baik dan buruknya yang telah ditetapkan Tuhan keada Hambanya. Namun Dia lebih ketahuinya lebih dari kau ketahui. Fakhirah, tidakkah kau tahu yang Dia berusaha segalanya untuk membantumu saat kau jatuh tersungkur meminta pertolongan sesiapa yang ada di sini.
Percayalah kepada dirimu ini, bahawa dirimu ini percaya pada kebolehan kau dan tahu kemampuan kau, dan kerana itu dirimu ini masih berada di sini. Terima kasih kerana ada selalu dengan dirimu, masih berikan lagi peluang kepada dirimu untuk mekar semula seperti sediakala, meskipun bukan lah seperti dulu. Kau telah mencipta seorang Fakhirah yang baru yang kini mengerti akan dirinya sendiri, yang kenal akan dirinya.
Segala apa keburukan yang ada, kini kau tahu dan kau mahu kurangkan keburukan itu. Tidak mengapa, kau masih lagi ada masa untuk berikan waktu untuk dirimu betulkan apa yang kau tertinggal masa lalu. Fakhirah, maksud namamu itu adalah menunjukkan kau seorang yang berani, gagah dan tidak takut melakukan sesuatu. Alangkah bagus jika kau tunjuk kepada mereka yang lemah itu bukanlah sesuatu yang buruk dan perlu diperkatakan.
Lemah mengajarmu erti kau bersemadi bersama dirimu menjadikan dirimu merasakan diri kau ini bukanlah kosong. Lemah mengajarmu erti pengajran sebenar dalam kehidupan. Tanpa dia, tidaklah kau mempunyai kekuatan sehingga kini.
Kepada Fakhirah yang dulu, maafkan aku kesekian kalinya untuk apa yang telah terjadi kepada kau. Kau sudah berusaha semampu yang boleh untuk berada bersama aku sehingga kini. Jadi tiba masanya, aku lepaskan kau untuk aku berdamai dengan segala apa yang telah terjadi. Bukan salah diri kau yang menjadikan aku sekarang, tapi aku ucapkan terima kasih kepada kau dan kerana kau aku yang sekarang ini sudah mengerti dan memahami apa itu kehidupan. Kau kini aku lepaskan menjadi salah satu memori dalam hidupku yang aku simpan sebagai peneman aku hingga kini.
Segala yang kau simpan dan dendam, tidak mengapa, biarlah aku yang kini, berdamai dengan itu. Terima kasih kerana hadir sebagai salah satu sebahagian dari diriku. Sekarang, aku yang kini sudah pun bertunang dan mempunyai seorang jejaka atau teman yang akan bersama ku sehingga hujung nyawa nanti. Usah risau, jejaka ini akan memberikan kasih sayangnya sepenuhnya kepada diriku, dan dia adalah yang akan menjaga diriku tika aku kesedihan dan gembira tawa riang ku. Usah kau risau ya.
"Buat sang jejaka yang sudah hadir ke dalam hidupku, aku bersedia menemani sehingga ke penghujung dan menjadi suri dalam hatimu yang akan membahagiakan hidupmu. Buatmu Hairuddin, cintaku padamu tidak akan pernah terpadam selagimana kasih sayangmu tidak pernah putus berikan kepadakuđź’“"
Yang Benar,
Fakhirah Yusoff
Comments
Post a Comment