ALAM PEKERJAAN ZAMAN PERMULAAN DEWASAKU?

 Assalamualaikum, apa khabar?

Sudah kesekian kalinya aku sudah tidak menulis di blog. Tapi tak mengapa. Kini aku hadir membawa lagi banyak kisah tentang perjalanan hidupku yang mungkin telah membawa serba sedikit tawa, duka, dan pahir mahupun manis. Kini, aku sudahpun bergelar sebagai “bakal graduan” di mana aku hendaklah memulakan hidupku sebagai seorang yang sudah matang, membesar dengan jayanya, bersifat seakan-akan dewasa. Sungguh, masih belum pias lagi aku nikmati zaman remaja ku, banyak lagi tawa yang perlu aku isi untuk dijadikan sebahagian dari memori memori kehidupan. 

Namun, aku juga perlu mendapatkan pekerjaan yang bagus buat santapan diri dalam menjalani hidup sebagai seorang dewasa yang baru hendak memulakan pekerjaan. Jujur, aku sedang takut akan kemahuan untuk mencari kerja, bahkan aku perlu dapatkan dengan segera untuk tampung kos perbelanjaan hidup ku. Ohh ya, tidak lupa juga, aku bakal graduasi dari IIUM Gombak pada bulan 11 ini. MasyaAllah sungguh tak terkata betapa aku rasa gembira dan sedih, zaman asasi, ijazahku berakhir begitu saja. Tak terkira betapa lama aku habiskan untuk menuntut ilmu di situ. Alhamdulillahhh aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberikan keupayaan dalam melaksanakan tanggungjawab aku sebagai seorang anak, murid, kakak yang baik. 

Hanya Tuhan saja yang tahu betapa susah senang yang aku lalui sepanjang penuntutan aku di tempat belajarku. Sekelip mata sahaja, aku bakal menerima segulung ihazah yang bukanlah dekan tapi cukup memperoleh keputusan yang baik dan dapat menggembirakan hati ibu bapaku. Mereka banyak menyokongku dan memberi semangatnuntuk aku teruskan perjalanan yang mungkin agak berliku tetapi masih lagi mampu untuk aku membuka langkah yang baru. BERSAMBUNG…..

Comments

Popular Posts