TEKANAN HIDUP

 Hai, sudah lama kita tidak bersua. Sukar untuk aku menulis kembali buat masa yang tak dapat kuisi. Maafkan aku. Sesungguhnya, aku mulai berasa tertekan dengan kehidupan dewasa. Mungkin tidak dapat aku ceritakan kepada orang lain, kerana aku sangat malu dan berasa yang cerita aku ini tidak diminati untuk didengari. Tapi, percayalah bahawa aku sedang penat, penat dalam berjuang untuk satu demi langkah yang aku susun, atur dalam perjalan hidupku. Aku sedang berusaha untuk selamatkan diriku. 

Kehidupan dewasa yang ke-23 mungkin tidak dapat aku tangani dengan sebaiknya. Tapi, aku berjaya harungi walaupun tiada sesiapa ketahui kesengsaraanku. Ternyata aku benci melihat orang dalam kesedihan. Aku benci orang yang mengatakan kehidupan dia sunyi, aku benci orang yang mengatakan dirinya tidak layak dalam dunia. AKU BENCI SEMUA ITU. Kerana aku percaya bahawa, ada sebab kenapa kita ditakdirkan hidup sebegitu rupa. Apa apa pun, jangan pernah putus asa dalam diri ini. Ternyata aku salah, ternyata ianya adalah Aku. Aku sedang berkata-kata pada diriku dan ianya terpantul pada orang lain. Kenapa ditakdirkan untuk meratapi kesedihan itu sedangkan kau tidak tahu lagi apa yang bakal berlaku di kemudian hari? 

Tidakkah ia terlalu awal untuk kau jatuh, sedangkan kau tidak tahu di mana tempatnya kau akan hidup selepas itu? Sejujurnya aku janji terlalu benci pada orang yang memilih untuk teruskan kehidupan dalam berpura pura kau bahagia. Adakah memang perlu bahagia itu dalam hidup? Perlu, tapi perlukah untuk kau merasainya sebetul betulnya? Adakah ianya perlu dinikmati sebegitu rupa? Bukankah kita dapat merasainya seriap bibit setiap detik saat kita teruskan kehidupan kita. Kebahagiaan itu hadirnya sementara namun ia dapat melengkapi hidup kita? KENAPA KITA PERLU BAHAGIA, ADAKAH SEDIH ITU TIDAK PERLU WUJUD? 

Aku tertekan kerana dalam fasa ni kau berjumpa dengan pelbagai ragam orang yang mempunyai masalah dalam kehidupan. Setiap daripadanya hanya perlu terus dan menerus kan perjalanan mereka setiap hari dengan penuh penipuan. Aku perlu hadap mereka dengan mengambil apa saja kesakitan yang mereka lalui, buatkan diri ini merasai kesakitan itu sekali. Tapi, kadang kadang aku cuba untuk tidak mengambil yang begitu banyak, dan aku tengah berusaha untuk lakukan begitu setiap kali aku bertemu dengan mereka yang tersakiti. 

Aku tertekan dikala ini, aku harus mencari wang. Aku harus bekerja, aku harus memulakan kehidupan dewasa pada unur-23 ini. Tiba masa untuk aku mula untuk hidup sebagai seorang yang perlu mencari cara untuk teruskan hidupnya. Tapi aku tahu, rezeki Allah itu luas seluasnya. Jika Dia nak bagi, Dia akan bagi sesiapa yang dikehendaki. Aku terlalu penat memikirkan apa yang akan jadi pada hari esok? Apakah yang akan berlaku? Namun, aku tahu. Di situ aku lupa untuk rasa kesyukuran untuk masa yang sedang berlaku.

Malam ini, aku terasa seperti mahu menangis. Mahu mengakirkan air mata tanpa sebab. Bukan aku yang perlu masa itu tapi masa perlukan aku. Apa yang akan aku lakukan di setiap masa yang aku ambil dalam seharian. Sesungguhnya, aku mahukan kebebasan itu, tapi akutidak tahu cara untuk aku ungkap kebebasan apa  yang aku mahukan. Kebebasan cinta? Kebebasan hidup? Kebebasan apa? Aku tidak tahu, tapi aku mahukan kebebasan itu. Aku hanya mampu berdoa agar aku dpaat selamatkan diri aku setiap hari. Aku harap yang hari aku berjalan dengan lancar dan baik. 

Itu yang aku mahukan.


Comments