PENAWAR

Assalamualaikum dunia,

saat aku sedang menulis untuk tatapan hati di blogging yang sudah lama tidak aku update, air mata ku sedang mengalir bukan kerana hati yang sakit tapi duka akibat diri yang tidak ada gunanya. Sejujurnya aku takut akan luka yang aku berikan selau kepada setiap orang yang aku sayangi dan hadir dalam diriku. Aku cuba untuk berubah dan aku takut perubahan itu akan membuatkan aku sedih kerana aku lakukan hanya untuk memuaskan hati semua pihak. 

Betapa sarat nya hati ini menanggung kesedihan yang tak terduga di saat aku berikan luka kepada setiap insan di sisi ku. Hingga pada saat itu, aku mahu hilang dan lepaskan orang yang aku sayang kerana dia berhak untuk mendapatkn kasih sayang yang endalam dan orang yang baik di sisinya. Mengalir air ata di mata ini teringatkan si dia titik peluh yang mengalir dari tubuhnya bekerja siang malam mencari nafkah untuk menghalalkan seorang dara di sini, sedangkan hatinya sedih kerana luka yang aku berikan ini secara tidak langsung.

Aku cuma berharap jika bukan aku yang dipilih untuk menjaga hatinya dan bersama sama megiringinya untuk ke syurga, aku berharap agar Tuhan dapat memberikannya yang terbaik dan lagi baik dari diriku yang masih lagi terkapai kapai mencari cahaya dan sinar. Pandanganku sehingga kini terasa kabur dan pedih saat melihat orang terluka kerana diriku. Sudah puas aku cuba untuk menahan kata-kata dan berikan kata-kata yang baik dan lembut agar hatinya tidak sakit akan kerana lidah yang menutur ini.

Kelihatan seperti hari ini, aku sangat lah sedih akan diriku yang masih lagi tidak berjaya membuatkan diriku bahagia.Tetapi setiap kehadiran si dia sangatlah membuatkan aku tenang dan bahagia itu akan datang pabila si dia sangatlah penyayang dan mengambil berat tentangku. Aku bersyukur Tuhan kurniakan aku seorang peneman buat diriku untuk hilangkan rasa kekosongan dalam diri ini. Tapi, aku berharap agar Tuhan kekalkan si dia buatku sehingga hujung nyawaku. Aamiin Ya Rab

Nukilan 2023

Comments

Popular Posts