The End of Degree semester

 Hai, assalamualaikum. 

Sudah lama aku tak menulis dan menceritakan khabar dalam dunia blogging. Kini, aku sudah pun berada di penghujung semester untuk kos sains politik di UIA. Pahit, manis, tawa dan riang aku selama 4 tahun di sini. Perjuangan aku untuk teruskan hidup belajar di sini, hampir sudah penghabisan jalanku. Yang mungkin aku akan meneruskan lagi hidup seperti mana  orang kedewasaan hidup. Liku-liku, takut, gentar, semua perasaan hadir setiap kaki melangkah satu persatu. Sesungguhnya aku tidak lagi persiapkan diri aku untuk bersedia menghadap cabaran yang menerpa dalam diri, namun apakan daya diri ini hanyalah manusia yang harus tetap menghadapi walaupun hati tidak rela. Fikiran ku seakan akan terganggu dek banyak hal yang tidak selesai. Jiwaku meronta ingin aku ungkap kata kata yang tidak dilepaskan dari tubuh. Tetapi, hatiku seakan berkata, sabar sabar sabar. Hanya tuhan saja yang tahu betapa sakit untuk teruskan perjalanan ini. 

Kenapa? Aku seakan bertanya kepada diri soalan yang aku sendiri sudah tahu jawapannya. Iya, Tuhan memilih aku kerana aku mampu menghadapinya. Tidak aku dapat persoalkan lagi asbabnya. Ya Allah, jika hal ini sulit buatku engkau permudahkannya. Jika rasa ini, menggangguku maka kau hapuskan dan tukarkan dengan yang baik. Sesungguhnya aku hanya hamba yang melakukan banyak khilaf, secara langsung atau tidak langsung. Aku terlalu sakit ya Allah, sakit ku hanyalah kerana sahabatku. Mungkin aku yang seharunya memahami mereka tetapi kenapa diriku ini tidak difahami okeh mereka sendiri. Apakah aku ini tidak layak untuk difahami. 

Aku terasa sama mereka ya Allah, tapi tak mengapa, aku simpan selagi mampu, biarlah mereka hidup bahagia, jadikanlah aku lebih bahagia untuk diri aku sendiri. 

Comments

Popular Posts