DUNIA BREAKUP
23NOVEMBER2021
Aku dengan bf aku sudah putus, masa ni, apa yang aku rasa buat kali pertama adalah, aku rasa bebas. Pernah tak korang rasa kesakitan yang kau rasa semasa kau ada relay, sakit tu dia jadi reda lepas kau break? Itu apa yang aku rasa. Namun, aku agak terkedu, masa aku mintak dia untuk jadi kawan, kerana aku rasa dah tiada gunanya lagi untuk aku ada perasaan sayang padanya. Sesungguhnya baru aku sedar, yang hati aku ni sudah tawar namun aku tetap lagi putuskan untuk ingin bersama, atas dasar aku kesiankan dia, atau mungkin atas dasar aku masih lagi ingin pertahankan hubungan kami.
Bila lelaki sudah tawar hati dengan kau, dan membuat keputusan untuk menjauhkan dirinya daripada kau, dengan cara, membuatkan kau benci pada dia. Kata dia, dia ingin mendekatkan dirinya dengan Tuhan. Sebab itulah dia lakukan begitu kepada aku, hati aku sakit sangat semasa mendengar ayat yang keluar daripada tubuh lelaki yang aku sayang selama ini, tanpa pernah bersua muka, hanya bertemankan video call online sahaja. Aku tersentap. Aku tak tahu samada aku nak marah atau apa, kau menggunakan agama untuk alasan kau.
Jujur aku cakap, aku tak pernah kisahkan pun kalau kau lafazkan awal awal bahawa kau ingin mendekatkan dirimu dengan agama, aku faham, sebab aku pun ingin perkara yang sama. Kita tidak sah, dan tidak halal lagi, tapi kita mahu bercinta. Aku masih lagi boleh faham, cumanya aku tak faham, masa aku masih pertahankan hubungan kita, kau tak rasa sedikit pun hargai kepayahan aku, nak berbaik denganmu, ingin kan kau layan aku seperti dahulu kala. Aku sedar, aku gemuk, berat aku bertambah, wajahku gelap. Tidakkah kau sebagai lelaki seharusnya bersabar dan sayang pada aku?
Kau kata, “takpe, tak kisahkan kalau kamu gemuk. Saya tetap sayang awak” puihhhh! Simpanlah kata kata kau. Kau pun syok dekat orang lain, plus, kau gunakan kau terpikat orang lain itu sebagai tanda untuk aku tinggalkan kau. Sangat bodoh seorang lelaki apabila buat keputusan yang sangat tak matang bagi aku.
Aku tak pernah tak cakap kau tu buruk ke, gigi terabur ke, tak pandai ke, aku tak pernah cakap macam tu, aku terima kau seadanya, apa kekurangan kau aku terima. Kau hidup susah, aku tak ungkit sebaliknya aku nak kau teruskan berusaha untuk dapatkan yang lebih baik kerana rezeki Allah itu luas, jadi jika kamu berusaha lebih, kamu akan dapat lebih. Ternyata, kau pilih untuk hidup tanpa aku.
Sakit tu, masih ada lagi. Sebab aku rasa aku tak patut dapat macam tu, dan paling sakit sekali, ketika hari jadi aku yang ke-22, kau terlepas untuk wish birthday aku, aku decide nak telefon kau, dan kau jawab dalam keadaan separuh sedar. Tidur rupanya, aku masih lagi tetap sabar, aku cakap, “lupa ke harini hari apa?” “Birthday awak, kan?” “Hmmmm, kenapa tidur?” “Lupa, tapi dah set dekat kalendar birthday awak” “saya boleh ingat birthday awak, tapi awak tak ingat langsung birthday saya” aku cakap lagi, “tahun lepas pun sama macam ni, hmmmm” aku cakap dengan nada orang merajuk. Dia jawab dalam keadaan dia rasa serabut “haishh, birthday je pun,” aku tersentap. Aku terus cakap bye dan tutup sambil air mata aku mengalir. Dengan derasnya. Sakit sangat macam kena tusuk dengan satu pedang dekat dalam hati aku. Tak pernah sedekali orang cakap begitu kat aku, dia adalah orang pertama yang ungkap ayat tu.
Dan saat itu, aku mula overthinking. Dan dah dapat rasa yang dia sudah tawar dengan aku. Setiap kali aku cakap aku overthinking, dia akan rasa serabut, tak suka aku berfikiran seperti itu. Dan saat itu aku rasa yang dia dah tak mahu kenal aku dan teruskan hubungan itu.
Ya Allah, ketika itu, aku berdoa “ya Allah, aku tidak mahu lagi nangis kerana manusia yang bukan milikku ya Allah, aku mahu nangis kerana Engkau, jadi kau buang lah setidaknya kau kurangkan rasa sakit ini dan air mataku kerana manusia ini ya Allah, jika dia bukan milikku, Engkau berikanlah aku yang terbaik ya Allah, putuskan hubungan kami dengan cara yang baik”, aamiin. Banyak kali aku doa benda yang sama setiap hari, sebab air mata aku asyik jatuh pada lelaki yang haram buatku untuk mengalirkan kerana dia bukan milikku yang sah. Aku rasa berdosa pada Tuhan aku.
Dan tarikh ini, aku decide untuk putuskan hubungan aku yang kekal selama satu tahun setengah. Aku bersyukur, kerana Allah berikan aku peluang untuk aku bersama denganNya. Terima kasih ya Allah. Walaupun sisa sakit itu masih ada, tapi aku yakin bahawa Allah itu penyembuh segalanya, jadi, aku akan mengambil masa untuk sembuhkan hati yang sakit ini, in Shaa Allah, aku akan okay. Aku percaya pada takdir Allah, dan ketentuanNya, kerana dia lah yang menentukan setiap sesuatu perkara, aku hanya merancang.
Aku doakan agar aku dikurniakan lelaki yang soleh, yang menyayangiku lebih dari dia menyayangi orang lain, setelah ibu dan ayahnya. Lelaki yang bagus dari segi agama, berfikiran rasional dan matang ketika membuat keputusan. Aku harap aku tidak akan jumpa lagi lelaki yang berperangai sebegitu. Walaupun ada baiknya dia, aku tidak boleh nak cakap apa-apa, buruknya itu masih lagi tersimpan, dan aku hanya tahu.
Comments
Post a Comment