HIDUP
Assalamualaikum, bismillah bermulanya bicara dalam hidupku tentang dunia yang sarat dalam kepastian. Mungkin cerita harini bukanlah begitu penting buat aku untuk aku ceritakan tetapi biarlah aku tulis sebagai tanda bukti untuk cerita kita hari ini. Maafkan aku jika kamu yang lagi membaca cerita aku, berasa muak untuk mendengar kisah cinta ku yang tidak berpenghujung ini. Mungkin, kau yang sedang baca ini sanggup untuk memenuhi kesengsaraan aku yang lagi kekosongan tidak diisi? Sanggupkah kau? Tak mengapa. Kau dengar sajalah. Jujur dari hati aku sedih dan kecewa tentang diriku yang tidak bersifat adil terhadap diriku sendiri. Apakah aku sedang menafikan tentang perasaan aku pada dia yang tidak akan aku miliki untuk aku jadikan kekasihku? Mungkin dalam bayangan dan angan-angan aku sajalah. Aku terkenang saat saat memori indahku sehinggakan aku terlupa tentang hati lain yang lagi dahagakan kesayangan lebih dariku, mungkin kerana dia lebih mengenalmu. Bukanlah hak aku untuk aku merampas kebahagiaannya apatah lagi aku sanggup untuk berbuat demikian. Sungguh aku sendiri tidak tahu. Aku pasrah. Aku sendiri tahu kelayakanku, darjatku dimana aku tahu dimana letaknta tempatku di sisinya.
Jika dia lebih layak bersama kau. Aku relakan hati demi menjaga hati ku yang lagi sarat kesakitan terkena panahan cintamu. Maafkan aku kerana menyukaimu yang bukan letaknya di hati aku tetapi letaknya dinhati orang yang kau kasihi. Mungkin aku lupa untuk mengahargai diriku sendiri. Sudah aku berjanji untuk membahagiakannya. Mengapa aku memilih bersedih. Setidaknya aku perlu memilih kebahagiaan yang sepatutnya akan berkekalan. Mengapa perlu aku ratapi, setidaknya aku harus pergi dan kembalikan kehidupan aku yang sudah lama kutinggal kerana cinta. Mengapa perlu aku berasa keseorangan? Tidakkah tuhan aku ada, yang selalu membantuku tika aku susah, senang, sedih, gembira, emosi, sentuhan, kasih dan sayang telah Dia berikan kepada aku agar aku terus maju dan terus kuat melangkah dalam hidupku.
Dunia ini hanya sementara. Akan ada pemisahnya. Akan ada perpisahannya tika waktunya kita harus tinggalkan semuanya. Biarlah aku tinggal dunia ini, dengan cerita ku yang mejadi sebahagian pencerita kepada legasi dan kau. Hidup ini bukanlah satu penghalang buat kau yang jatuh lagikan tersentak dengan kehimpitan dunia yang memberikan impak dalam hidupmu. Hidup ini adalah satu perjalanan, dan kau adalah seorang pengembara. Seorang pengembara yang lagi sarat mengembara harta. Tetapi, jikalau harta yang kau dapat, ia akan terus buatkan kau alpa. Jikalau ilmu dan harta sekaligus kau terima. Ia akan terus pegang erat dan kuat di saat kau menjaganya dengan penuh ikhlas dan sabar.
Jadilah sebagai kupu-kupu yang terbang dengan megahnya. Jadilah sebagai birung yang tidak putus mencari peluang untuk terus bebas melakukan apa saja. Ingat pesanku, tidak kisahlah di mana pangkatmu, di mana darjat mu. Teruslah engkau pulang ke sarangnya. Teruslah engkau mencari tuhanmu, dan bersyukur apa yang engkau ada. Assalamualaikum
Comments
Post a Comment