RINDU

Andai hati sarat kerinduan,
Tersinggah wajah di pamparan,
Menatap dengan penuh kecintaan,
Tetapi,
Kaburan menghantui
Kisah penuh dengan penderitaan,
Mata tidak pernah lelah
Ku renung hingga aku sedar,
Aku bukanlah kepunyaanmu yang mungkin buat selamanya,
Tangan ku tadah,
Hati bermadah,
Mengharapkan kau adalah orangnya,
Siapakah sudi untuk menjadi sang peneman hati,
Buat pengubat rindu yang telah lama tidak terubati,
Kau muncul sekali lagi,
Membuatkan aku resah,
Gelisah tidak terucap,
Sang lidah tidak lagi bergelutan,
Kelu,
Sang mata hanya mampu menitiskan air mata kerinduan,
Terlalu rindu usahlah dipadah,
Biar lah hati yang merasa,
Biar ia tersemat buat tatapan jiwa,
Untuk sang pujangga,
Sungguh aku mahu tatap wajahmu.
Sunggu aku rindu kamu.

Comments

Popular Posts