KASIH
Bacaan bismillah mulainya bicara,
Harini, aku terasa sesak di dada, bagai dihimpit satu hempitan yang kuat, menyentak jantung yang sedang berdetak. Aku rasakan kesunyian, kekosongan. Hilangnya satu permata yang aku rasakan tidak lagi akan berada di sampingku. Yang mungkin hilang bersama kupu-kupu kecil yang berterbang tidaklah tahu arahnya. Sayapku, tidak lagi terasa seperti sedang bersamaku. Tidak lagi bergelutan. Hilang bersama warnanya yang kini sudah menjadi kelam. Tatkala, bayu bayu angin lembut meniup memberi satu khabaran yang tidaklah menyenangkan diriku yang sedang kekusutan.
Aku tenggelam bersama kasihku, dek kerana hati-hati yang tidak begitu menghargai diriku yang jauh dari seorang hamba yang rendah darjatnya. Tika aku memikirkan nasib yang tidaklah ketahuan sudahnya. Tika air mata bergelinangan memikirkan setiap perkara yang telah berlaku. Tetapi, tidaklah aku salahkan takdir kerana mungkin ini salah satunya cara atau jalan untuk teruskan bangkit naluri jiwa semangatku untuk terus melangkah dan menlangkah.
Jangan kau sombong, ingkar dengan sikapmu. Kerana sikapmu itu, kadangkala akan memakan dirimu kelak. Rendahkan ego mu yang tinggi itu. Jadikan ia sebagai musuhmu. Jagalah hati yang lain tatkala mereka sakit akan kata-kata mu. Jangan kau rasa tinggi kerana bukanlah tempatmu untuk menentukan siapa yang maha berkuasa. Nasihat ku befikan ini sebagai satu pelindungmu, untuk kau terus dan terus bersederhana. Kelak kau akan kesal dengan perbuatanmu. Kelak kau akan kenal apa erti dunia yang sebenar.
Comments
Post a Comment