HATI

Cukuplah tajuk harini buatkan kau orang sudahpun meneka apa yang bakal akan aku ceritakan. Ya Allah, sungguh. Engkau berikan aku satu ujian yang sukar untuk aku hadapi. Sungguh, sangat sulit buat aku. Di saat jari menekan, sukar untuk aku meluahkan isi hati yang hampa dek kerana hati hati yang mencemburui diriku. Ya Allah, pedihnya rasa hati ini ya Allah pabila sang pujangga yang sudah ku jaga namanya dan perasaannya, sanggup berbuat demikian terhadap diriku.

Adakah aku yang terlalu banyak memikirkan perasaan aku? Atau adakah aku yang sedang bermain madah berteka silang kata dalam mindaku? Atau itu cuma sandaran? Sungguh ya Allah, jika benar tekaanku, kau kuatkan lah hati yang sakit ini ya Allah. Tidak tertahan lagi buat diriku untuk menitiskan air mata hujan membasahi buminya. Kau buatkanlah hati ini menerima padahnya luka yang telah mereka robekkan lagi. Cukup buatkan ia berdarah tidak terhenti. Sakit yang tiada penghujung.

Mengapa?? Hukuman ini sangat berat bagiku. Bagaikan ditimpa batu yang besar. Jatuh timpa atas diriku, lemah tersadai. Jiwa meracau. Hati yang meronta, membawa seribu jeritan.

Apakah salah aku mentafsir? Adakah ini mainan syaitan merasuki mindaku? Betulkanlah apa yang aku salah ertikan, kerana aku bukanlah manusia yang tidak berdosa. Engkau jadikanlah hati ini menjadi satu petunjuk terakhir tatkala rohku tidak lagi bernyawa, jasad ku terkujur. Maafkanlah hati ini yang selalu berfikiran yang negatif lagikan memakan diriku ini.

Cukuplah wajah mencerminkan hidupku. Yang mungkin aku hanya bertopengkan manusia, tatkala ianya telah pun mati. Engkau jadikan lah iman ku kuat sekuat bagaimana kau kuatkan iman Rasulmu tatkala beliau berhadapan dengan musyrikin quraish. Biarkan ia memelihara hatiku dan salutkan kesabaran ke dalamnya. Aku memohon biarkanlah ia pergi dan jadikan ini satu kisah di mana matinya hatiku bagaikan matinya jasad ini.

Comments

Popular Posts