PERMATAKU YANG HILANG
Assalamualaikum hai, kembali aku dengan jari-jemariku yang mulai ku tuliskan tentang aku. Sudah masuk seminggu lebih aku meneruskan perjalanan ku di UIA. Haihhh mulai terusik hatiku teringat akan kisah silamku dan kenangan-kenanganku di sini bersama teman-temanku yang kini tidak lagi ku anggap sebagai kenangan. Menjadi satu kisah dlam hidupku. Tidak mengapa, itu sudahlah menjadi sebahagian dari kisah perjalanan hidupku. Namun ku tetap menapak dan memeneruskan langkahku ke peringkat seterusnya. Lagu kotak hati yang sedang menjadi tatapan telinga ku. Mungkin tidak dapat ku ungkapkan kata hati yang mungkin masih lagi berbisa dalam rohku. Akan tetapi, jasad sentiasa menjadi aku yang bukan aku. Aku tetap bersyukur kerana Tuhan masih lagi membantu aku berdiri, biarlah Dia menjadi penyembuh di setiap luka yang masih lagi terobek dek makan hati.
Tertatap mataku pada gambar-gambar lama. Usah dibilang hati masih pedih tetapi itulah. Mungkin ini yang terbaik untuk diriku untuk menghargai orang yang masih aku harus hargai dan jaga dengan sepenuh hatiku. Mungkin tertanya di benak fikiran, apakah kaitannya dengan tajuk di atas. Mungkin pertanyaan itu akan aku berikan jawapannya. Sudah tentu! Itulah diriku. Permataku yang hilang. Seorang yang dulu dikenali penuh dengan seri wajah yang penuh kegemberiaan, menjadi tumpuan orang ramai, dikenali sebagai Fakhirah yang penuh dengan senyuman yang mungkin menyembunyikan seribu makna di dalamnya. Tidak lah siapa yang tahu.

Comments
Post a Comment