HILANG

Assalamualaikum, hai. Maybe harini topik aku membuatkan korang resah dan tertanya apa yang berlaku dalam kehidupan aku. Maybe benda ni bukalah sesuatu tanda tanya buat diri aku, malahan ia sesuatu yang melibatkan rasa apatah lagi perasaan yang kini surut, pudar, dan hilang. Hilang kerana aku kehilangan kawan yang paling aku sayang. Rasa ni sangat perit sebab mungkin diorang salah satu bekas sahabat karibku yang kini tidak lagi menggunakan panggilan itu. Terus terang aku mengaku hilangnya rasa itu dek kerana sikap keegoaan yang memilih perasaan daripada kesetiaan. Ego dalam memilih cinta berbanding kasih sayang seorang sahabat. Ego dalam tidak mengenal erti kehidupan. Ego atas semua benda. Aku tak mahu rasa ini sebenarnya, bukan di tempat aku untuk persiapkan diri aku menghadap setiap perkara yang berlaku atas diri aku.


Aku sesak kerana diri aku yang tidak mampu untuk berhadapan dengan perkara ini. Sungguh aku kecewa sebesar besarnya terhadap perbuatan mereka yang rakus akan ke-egoan mereka. Sungguh kenangan yang hadir bersama mereka bagaikan penghujung yang tidak berbunga. Kenangan itu hancur bersama tebaran-tebaran dedaun yang gugur setiap hari. Sedih tidaklah perlu diungkap dan dibicarakan. Sakit sekali. Pedih. Ya. Aku penakut. Aku takut akan diri aku yang tidak berkemampuan untuk aku bersemuka dengan mereka bukak sem ini. Mungkin aku perlu sedar yang persahabatan ini bukan mudah untuk dicipta hubungannya. Aku perlu menerima takdir yang mungkin tuhan mahu aku sedar akan kesilapan aku. Bagaikan kifarah menyentap akan diriku. Mungkin, ini adalah masa untuk aku meneruskan perjalananku yang belum ada pengakhirannya. Banyak lagi yang harus aku perjuangkan dalam  kehidupan. Baru sahaja tuhan mahu menyedarkan diriku yang sentiasa alpa dan lalai dalam noda noda dosaku. Aku tahu itu, tetapi apakah yang harus aku lakukan. Aku tidak lagi mahu membicarakan perkara ini. Biarlah ia menjadi sebahagian daripada cerita dalam hidupku. Tidak usahlah aku mahu menghiraukan bahawa ia akan memberi kesan yang buruk dalam hidupku. Tidak mengapa. Aku akan memaafkan perbuatan mereka dan mendoakan yang terbaik untuk mereka. Biarlah yang sakit itu menjadi ubat penawar dalam kebangkitan diriku. Aku memohon agar aku diberikan kekuatan dan permudahkan lah urusanku.

Comments

Popular Posts