BARU
Assalamualaikum, hai. Sebaik sahaja tanganku mula menaip, sebaik sahaja hembusan mulai mendengus. Ku tadah tangan mendoakan sesuatu yang baik akan berlaku pada diri aku dan dipermudahkan urusan oleh Yang Maha Esa. Lalu aku mulai dengan bismillah. Permulaan hidup baru aku dimulai dengan sesuatu yang baik. Kenangan lama mungkin akan aku ingati sampai sehabis nafasku tetapi tidak lah akan aku amati lagi kerana aku sudah berjanji pada diri aku. Sesungguhnya kesan yang lama itu akan tetap menjadi luka di setiap lubuk lubuk jantungku. Tidak mengapa, akan aku sembuhkannya sedikit demi sedikit. Tidaklah perlu aku memaksanya sebaliknya aku mencintainya. Mungkin kau yang sedang baca dan ikuti pergerakan ku akan mengerti kisah silamku. Tidak mengapa kerana itu kisahku yang silam, tidak lagi sekarang.
Mungkin apa yang terasa di dalam ini tidaklah aku mengetahui isinya, tetapi aku sedang memahaminya. Mungkin tubuh perlukan istirehat yang cukup dan minda yang cergas agar aku boleh lagi berdiri teguh dan kuat untuk hadapi setiap ujianNya. TIdaklah kemampuan aku untuk menolak takdir ilahi, tetapi inilah realitinya. Sebaik sahaja kau memahami akan apa yang telah berlaku dalam hidup. Sekian sahaj itu akan menjadi penyudah dalam kehidupan kau. Tidak lagi akan berlaku. Jika ianya berlaku semula, Tubuh ini segera dan siap bersedia. Aku bukanlah seorang wanita yang kuat rohaninya mahupun fizikalnya. Aku cuma wanita yang sekadar wanita biasa. Aku punyai kelemahan yang aku sendiri tidak mengenalnya. Sungguh aku naif dalam mengenal erti duniawi, naif dalam pengetahuan, naif dalam segalanya. Tetapi, tidaklah aku bodoh dalam tidak mengenal erti hidup. Cuma, kadang-kadang aku terleka seketika. Terlalu alpa dalam keduniaan.
Kau yang sedang membaca entri-entri aku yang sebelumnya, aku ucapkan terima kasih kerana sudi kau mendengar kisah hidupku yang tak seberapa. Tetapi, aku tetap bersyukur kerana masih ada lagi yang sudi untuk membacanya. Mungkin setiap entriku berkisahkan penderitaan seorang wanita. Tetapi, kenyataan nya aku pun tidak tahu, hahahaha. Sedikit tersentuh hatiku. Segala yang berlaku tidaklah aku menyalahkan takdirNya, mungkin ini adalah ujian buat diriku. Ujian ini sangat berat untuk aku terima, tetapi apakan daya, aku adalah seorang hamba yang rendah diri. Aku terima dengan hati yang terbuka. Biarlah dengan kekuatan yang aku punyai, aku tempuh segalanya. Mungkin ujian ini tidaklah berat bagi kamu semua, mungkin pada aku, ya. setiap yang berlaku, ada tahap kemampuannya tersendiri, samada kau beralah atau kau berjuang. Terserah. selagi kau mampu selagi itu kau berjuang. Bukan mudah untuk kau berjuang dalam setiap peperangan itu. Mestilah kau punyai strategi, pantas atau lambat. InshaaAllah.
Mulai harini, aku mahu aku yang baru. Tidak lagi aku yang lama. Aku mahu ubah diriku yang terbaik. Jadikan segala yang berlaku dalam hidupku menjadi sebahagian cerita dalam kehidupanku. Akan aku ambil setip hikmah yang telah berlaku. Mungkin itu sahaja untuk aku dalam sesi perluahanku. Moga moga segala yang baik itu tuhan sajalah yang tahu, kerana Dia sebaik-baik Maha perancang. Dan aku, sentiasa mendoakan yang terbaik dalam diriku. Begitu juga dengan kau orang semua. Sampai sini kita bersua, Jumpa lagi. Assalamualaikum. Selamat malam!!

Comments
Post a Comment