SCARLET HEART RYEO
Cerita ni buatkan aku sedar satu benda:
1)Cinta cinta tak semestinya bila mana kau suka pada lelaki tu kau harus percaya pada dia 100% . di sebalik apa yang dia buat itu ada terselit maksud tersirat. dan benda itu juga buatkan aku teringat pada dia. Sesungguhnya dia adalah lelaki pertama yang berjaya mencuri hati aku buat kesekalian lamanya. Aku tidak pernah menganggap diri aku ni selawa dan sekurus-kurus yang amat itu. pffft, aku penat sangat dengan cinta ni sebenarnya. sangatletih. setiap hari kau menangis benda sama. kenapa ? kenapa ? dan kenapa? mengapa dia buat diri kau seakan-akan tidak wujud dalam diri kau. Bila mana lelaki itu balas cinta kau, dan ketika kau hendak balas semula kau dapat merasakan satu pada diri kau, "aku tak pernah disukai oleh lelaki sebegini tetapi aku tak lawa, aku gemuk, hodoh", jadi kau sendiri undurkan diri kau daripada mencintai dia balik setiap kali ungkapan cinta yang dia hadiahkan pada kau, kau tak dapat nak balas balik ungkapan dia dengan kata-kata kau sendiri, sebab kau tak mahu sakiti dan buat dia terluka. Inilah aku. Aku takut. sangat takut dengan bercinta. perkataan ini sangat bahaya dalam diri aku. Aku sentiasa menangis tanpa sebab kerana aku asyik ingat dia dalam fikiran aku. Aku akan ingat pabila detik manis dan pahit aku bersama dia. kini aku jauh . jauh dari pandangan dia. aku tak mahu berjumpa dengan dia. aku takut aku terluka. huh! aku sudah pun banyak kali terluka. tapi luka tu aku jahit balik sendiri. aku taknak orang nampak luka aku. biarlah aku sendiri yang tanggung. biarkan.
2) kasih sayang kasih sayang antara keluarga adalah benda yang aku tekankan sekali dalam diri aku. aku sangat teliti dalam menjaga benda-benda ini dalam hidup aku. benda pertama yang akuharus lakukan. walaubagaimana sekalipun hubungan kau antara keluarga, kau harus menjaga hubungan ini dengan. aku tahu. aku tak pernah rasa apa yang orang lain rasa apabila dipinggirkan keluarga sendiri. tapi kau bongkak. kau ego. kau tak berusaha nak sembuhkan hati kau untuk kembalikan hubungan itu. hati kau sekeras-keras batu. Aku tahu kau akan cakap, "jangan sembarangan bila kau bercakap sebab itu bukan kau. bukan kau" "ini apa yang aku rasa, aku tak mampu nak kembalikan rasa sayang itu sebab hati aku benar-benardah mati dengan hubungan itu.
Benda-benda ni yang buat kepala aku pusing dan berfikir sepanjang masa. tetapi aku tetap lebarkan senyuman aku, biar orang tahu aku okay ! :"D okaylah sampai sini saja. bye assalamualaikum

Comments
Post a Comment