366 0f 366
Harini hari yang ke-366 . buat kesekaliannya tamatnya usiaku yang ke- 17 . Alhamdulillah ya Allah, aku masih bernafas lagi di muka bumi ini. Segala memori aku yang manis dan pahit akan aku tutup, aku tak mampu simpan lagi. Aku takut aku sedih, meratapi kesdihan aku mengingati perkara-perkara yang telah ku tempuhi untuk tahun ni. tetapi aku tetap rasa bersyukur kerana tuhanku masih lagi menutup aibku dan jaga aku sebaik yang mungkin. aku masih lagi bersyukur kerana tuhan kurniakan hati yang kuat untuk aku jaga. walaupun jatuh berderai air mata yang aku alirkan, hati aku tetap kuat mengatakan "sabar, ada banyak benda lagi yang perlu kau tempuhi. Ini bukan kali pertama kau tempuhi, masih ada banyak lagi benda di luar sana yang perlu kau tempuhi dalam hidup kau. "
Aku pernah merungut dan merungut pada tuhan, kenapa aku? kenapa di kalangan hamba-hamba engkau, kenapa aku? kerana Dia tahu aku kuat! aku kuat untuk keluar tempuh segala cemuh orang yang mengata pada diri aku. Tapi inilah aku, aku tidak tahu bagaimana hendak mengatasi benda-benda macam ini. tapi tak mengapa Allah kan ada :)). kau tidak perlu takut. apa yang kau perlu lakuakan adalah letakkan kepercayaan kau pada Dia. serahkan diri kau pada Dia. bila kau sakit kau ingat dia. bila kau dah berjaya, kau harus ingat pada dia. walauvagaimanapun kedudukan kau, kau tetap di bawah bagi Dia. ingat! jangan pernah angkuh! bongkak! sombong! Ego! ingat dari mana kau datang, dan pada siapa kau akan kembali.\
TERIMA KASIH
TERIMA KASIH YA ALLAH!

Comments
Post a Comment