NAK FAHAMKAN LELAKI, SENANG KE SUSAH? PART 1

 Haii assalamualaikum.

Jadi, harini aku nak cerita sikit pasal lelaki, yes! Lelaki. Sebenarnya aku tak tahu macam mana nak cerita sebab ni topik lelaki, dan aku perempuan. Jadi, takut kena kecam je lah bila kita dok sembang pasal lelaki but then kita sebenarnya salah, and kita tak pernah tahu pun lelaki macam mana. 

Macam mana pulak bila korang handle pasangan korang? Nampak macam susah kan, bila lelaki merupakan salah satu karakter yang bagi perempuan tak main kan peranan langsung. Nak cari pasangan? Mesti kita nak lelaki tu yang romantik, penyayang, peramah, tapi aku lain, aku suka lelaki yang pendiam tapi bila dengan aku banyak cakap hee, tapi romantik, and jenis yang matang dan berdikari, rajin.

So, pasangan yang aku dapat pendiam, kelakar sikit je kot, rajin, berdikari, penyayang and matang. Tapi pendiam dia tu pendiam yang banyak cakap bila dengan aku. Basically apa yang aku nak aku dapat sebenarnya, tapi adakah aku berjaya nak fahamkan dia??? 

Lelaki ni simple sangat, dia jenis yang kalau dia sayang, dia sayang. Dia tak perlu sebut pun sayang kat kau. Asalkan kau tahu yang dia sayang kau. 

Kedua, lelaki ni diorang tak suka benda yang serabut kan kepala diorang. Contohnya, macam kita perempuan, kita tak boleh kalau lelaki tu tinggalkan kita walau 5minit pun. Bagi diorang si jejaka, diorang tak suka, tinggal sekejap, kita tanya keluar gi mana? Dengan siapa? Buat apa? Bagi diorang benda tu serabut. Bukan korang saja yang pelik ye wahai wanita. Aku pun pelik sebenarnya kenapa nak serabut benda tu. Aku dengan pasangan aku ldr, jadi komunikasi kami berdua banyak kali terbantut, disebabkan kami tak pernah berjumpa dan kami berdua hanya kenal di dalam talian sahaja ya.

Bila gaduh, kita perempuan mesti perlukan penjelasan kenapa dia kena sikap begitu dan kenapa lelaki tu kena macam tu. Kita perlukan sebab, tapi bagi lelaki. Dalam kepala otak dia, tak ada sebab, diorang fikir masalah lain lagi, kerja, keluarga, masalah peribadi (kalau ada), fikir anime tadi, kenapa episode dia bosan haaaa itu lelaki. Dia tak ada masa untuk fikir sebab.

Plus, kita perempuan hati tisu. Kita sensitif dengan semua benda lagi lagi kita akan fikir pasal diri kita yang semakin gemuk, semakin tidak cantik. Jadi, kita ada perasaan yang dia ni berkenalan dan suka pada orang lain (aku secara secara umum, mungkin ada diantara yang aku cakap ni, lelaki tu betul betul curang dan suka pada perempuan lain) Disebabkan hal tu, kita asyik rasa nak nangis saja. Dan mungkin boleh membuatkan lelaki rasa bosan asyik gaduh. (Aku cakap atas pengalaman aku sendiri)

Jadi, persoalannya sekarang,

LELAKI PATUT FAHAM PEREMPUAN OR PEREMPUAN PATUT FAHAM LELAKI

Jawapan aku: dua dua kena mainkan peranan masing-masing. Bila lelaki tu tanya soalan, perempuan kena sikap responsive dan vice versa. Jika kedua kedua meneruskan untuk bersikap ego dan silent treatment. Korang tak akan dapat selesaikan masalah dia.

Bohonglah kan, kalau semua orang nakkan pasangan yang diredai Allah SWT, bagi aku sangat betul penyataan ni. Kita nak perkahwinan kita ini diredai dan diberkati Allah SWT, tapi apakan daya, semuanya bersikap untuk buat perkara yang dimurkai Allah dan mengharapkan Dia untuk reda dengan hubungan kalian? Kita semua pendosa, dan tiada di atas muka bumi ini bersifat maksum melainkan pesuruh Allah, Muhammad SAW.

Reda Allas SWT itu sangat penting. Kita nakkan kebahagiaan yang kita bina bersama si suami itu kekal sampai bila bila. Jadi, kita yang perlu jauhkan diri kita dari buat perkara yang dia tak suka. Zaman sekarang ini, orang menggunakan frasa “mind your own business” di mana semua orang berhak untuk buat apa saja yang mereka suka dan kita tidak boleh menghakimi dia. Betul frasa ini, kita tidak boleh menghakimi apa sahaja yang dilakukan orang lain, tapi adakah kita menggunakan frasa ini pada situasi yang betul? 

Apakah penggunaan hukum agama diketepikan begitu sahaja dan tidak perlu untuk seseorang? Budaya barat yang kini semakin banyak mengadakan trend baru yang membuatkan umat islam sendiri tersasar.

Sambung part 2

Comments

Popular Posts