DUNIA INTERNSHIP PART I
Assalmualaikum,
lama I tak post pasal hidup I for like 12 months, i guess hehe.
As what have been showed up there, aku sekarang berada di dunia intern di mana realiti aku pra-kerja. Aku berdepan dengan situasi-situasi yang sukar, aku perlu letakkan full commitment aku pada masa yang sama aku belajar. Banyak silap tak perlu lah aku ungkap. Aku datang dengan zero experience dalam company ni. Aku apply as admin intern, disebabkan course aku Political science, jadi kami lebih kepada Public admin atau Public relation, jadikan aku datang di company intern ini berharap lebih dieksposure-kan dalam bidang admin. At first aku jadi ceria sebab first time intern, happy pada masa yang sama aku cuak
Aku dilayan baik oleh Kedua dua SV dan boss aku. Aku dapat tahu yang ada lagi 2 intern yang akan bersama-sama dengan aku dalam company tu. Dan dua-dua lelaki. Dalam company tu, aku sorang saja perempuan, scary gila tapi masih steady. First day of intern, aku tidak diberitahu untuk lapor diri masa 12 July di Ofis, sebab masatu tengah pkpd kot. Tak sure. Aku assume, mungkin aku akan intern kat rumah lah untuk hari pertama. But then, dapat mesej dari SV pukul 10.00 AM kena lapor. Aku apa lagi cuak lah. Aku pun bangun segera, terus mandi and gerak dalam pukul 11.00 AM. Aku sampai dalam nak dekat 11.30 AM jugaklah.
Dah sampai kat company tu, aku disapa baik oleh SV aku, dan dia terus explain apa yang perlu dibuat and SOP company. Secara theori sajalah, belum lagi praktikal. Jadi, aku pun disuruh untuk task pertama, iaitu, kena buat jadual untuk staff-staff dalam company tu. Then, aku buatlah kerja-kerja yang telah ditugaskan kepada aku. Hari pertama bagi aku not bad. But it become worse, masuk minggu 2/3/4 aku intern.
BERSAMBUNG
Comments
Post a Comment