Semester baru sudah bermula!!

 Assalamualaikum, salam perantauan. 

Semester baru sudah pun bermula. Kini aku sudah menjadi pelajar tahun 3, semester I di IIUM. Alhamdulillah, syukur atas nikmat tuhan yang telah mengkurniakan rezeki dan rahmatNya untuk aku jejaki kaki hingga kini. Tidak dapat ku ukirkan rasa kesyukuran kepadaya yang telah memberikan aku keupayaan untuk aku teruskan perjalanan hidup hingga ke hari ini. Sudah beberapa bulan tidak menulis dan bersihkan entri-entri di blogku. Alhamdulillah, Allah hadirkan seorang jejaka dalam hidupkan dalam menemaniku. Tidak dapat ku ungkap rasa tenang dan bahagia buat kali pertama, tetapi bukanlah si Dia. Tuhan hadirkan seseorang yang mempunyai sifat yang sama denganku, tetapi berbeza. Aku pun tak tahu nak explain macam mana, tapi aku bersyukur. Jika ada jodoh di antara kami, alhamdulillah, mungkin ini yang terbaik.

Hadirnya seorang Adam dalam kehidupan aku dalam melindungiku, yang mempunyai kesabaran yang tinggi semasa dia melayan karenah aku. hahahahah, haih! Tapi apa yang aku boleh cakap, kehadiran dia semakin lama semakin menyenangkan aku. Kami bertemu dalam online games. PUBG. Mungkin orang akan memberi tanggapan yang serong terhadap pertemuan kami berdua. Kalau korang pun ada perasaan macam tu apatah lagi aku. Aku pun takut sebab pernah bertemu dengan lelaki PUBG sebelum ni, tapi alhamdulillah dia bukan untuk aku. Beza aku dan dia adalah 2 tahun. Ternyata ciri-ciri lelaki yang aku nak tu semua ada pada dia. Tetapi masa itu aku ragu-ragu kerana kami bertemu di dalam pertempuran alam maya. Banyak benda yang bermain di fikiran aku. Adakah dia yang terbaik? Dia nak ke dekat aku? Ikhlaskah dia dengan aku? Sumpah aku takut. Aku jadi banyak berfikir, yelah bila kau dah jumpa lelaki yang kau nak, kau jadi mula risau and takut kau bukan untuk dia. Tapi, setiap kali aku fikir macam tu, dialah yang selalu akan tenangkan aku. Aku tak tahu lah samada perasaan ni disebabkan awal percintaan, mungkin semuanya manis. Tapi, bila aku tengok, tak pun. 

Setiap hari dia meyakinkan aku bahawa tubuh badan itu bukanlah segalanya dalam perhubungan. Kecantikan seorang wanita itu terletak pada akhlak dan agamanya. Bila dua ni cukup, automatik yang lain semua akan jadi mantepp. Semakin aku kenal dia, semakin aku percaya dan yakin akan kata-katanya. Tapi kami jauh. Dia duduk dekat negeri lain, aku duduk di sini. Itulah yang buatkan aku risau. Aku kalau boleh biarlah ini yang terakhir, sebab aku dah penat mengejar bukan dikejar, benda yang tak pasti. Tapi kalau dialah yang sebenar-benarnya, alhamdulillah. Dia orang kampung, kerja pun tidak kerja yang besar, tapi cukuplah membawa rezeki yang halal. Aku jadi yakin dengan dia disebabkan keluarga dia yang baik. Dan juga dia, yang bagus dalam menjaga solatnya setiap waktu. Kemudian, dia adalah seorang abang sulung. Itu salah satu sebab kenapa dia yang aku pilih. haha. 

Pergaduhan setiap pasangan sudah semestinya wujud dalam mengukuhkan perjalanan sesebuah perhubungan. Bila kedua-duanya belajar untuk memahami, pergaduhan itu perkara biasa. Ia terletak pada salah seorang untuk letak tepi egonya dan cuba untuk memahami pasangan dia. Kalau tidak, berlakulah ketidaksefahaman. Tapi aku harap dia akan kekal macam tu. In shaa Allah, kita doakan yang baik-baik. 

Okaylah tu saja untuk harini. Terima kasih kerana membaca dan mendengar cerita ku. Aku akan post next entri, in Shaa Allah. Bye


Comments

Popular Posts