Salam Syawal
Assalamualaikum, harap kekosongan yang dilalui dapat terubat melalui penulisan. Tiba sudah syawal, dan aku masih di sini. Rasa kosong dalam jiwa tidak dapat menangkap perasaan sayu ini. Aku tidak tahu apa rasanya, mungkin kekosongan? Aku masih berharap dia ada membaca entri-entriku, mungkin kau pun sudah tahu kesedihan yang aku lalui sepanjang 21 tahun aku berjalan. Tidak aku dapat ungkapkan rasa itu melainkan ada seseorang yang dapat mengisi kekosongan yang mungkin lama menyepi. Aku masih lagi berharap pada dia, Sang Jejaka merangkap kekasih bayangan, kerana mungkin hati ini tidak mahu hilang dari rasa sayang terhadapnya. Haihh. Kenapalah. Tapi tak mengapa, mungkin dia termasuk dari kalangan yang membaca entriku.
Jika kau sedang membaca, kau sudah pastinya ketahui. Aku sedang menunggumu. Tapi aku cuba untuk legakan rasa kerinduan ini. Aku ubatkan dengan kegembiraan yang aku dapat dari kesayangan ku, keluarga dan juga sahabat sahabat aku yang masih kekal bersama aku.
Tidak semua kegembiraan itu berkekalan, mungkin kesedihan akan datang menyinggah membawa peringatan yang membawa erti kesederhanaan. Andai hati kamu terlukai akan sesuatu yang berharga yang terlah membuat kamu terperangkap dalam kesedihan. Tidak mengapa untuk bersedih kerana tuhan akan selalu hadirkan sebuah perasaan dalam menjaga kesedihan dan menjadi penawar kepada luka kamu. Mungkin masanya tidak menentu, tetapi semestinya kepastian itu ada. Jika kamu rasa bahawa tiada keadilan itu, beringatlah bahawa, menerima itu lebih baik daripada mengungkit. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya pada diri setiap manusia. Janji tuhan itu pasti. Haruslah kita punya kepercayaan terhadap perancangan-Nya.
Aku bersedia untuk lalui setiap laluan yang telah Dia sediakan. Letakkan kesabaran setiap perjalanan yang aku lalui supaya aku tidak takut untuk berjalan seorang. Andai dia ada membaca ini. Engkau hadirkanlah dia dalam membawa penyeri dan kebahagiaan dalam hidupku.

Comments
Post a Comment