Cerita tentang si Penagihan
Assalamualaikum, untuk kesekian lamanya aku tidak menulis, dan harini terdetik hati aku untuk menulis kisah yang mungkin akan menjadi sebuah pengajaran bagi aku sekali lagi. Aku berjumpa dan berkenalan dengan seorang jejaka yang bernama penagihan di dalam sebuah aplikasi game, "plato". Perkenalan aku dengannya menjadi salah sebuah pertemuan yang sangat istimewa bagi aku. Tapi pengakhirannya, aku memilih untuk pergi dan menghilangkan diri, kerana ketidaksesuaian aku dan kelayakan aku untuk menjadi seorang wanita buat dirinya. Dan juga mungkin bukan dia ditakdirkan buat diri aku. Tapi, sungguh, demi Allah, aku telah jatuh cinta terhadap dia, bukan sahaja aku jatuh cinta kerana dia, tapi kerana dia adalah dia. Sejujurnya aku sangat sedih dengan perkenalan kami berdua yang kami berdua belum pasti akan ditemukan.
Tapi aku berdoa agar dia diberikan jodoh yang terbaik yang mungkin lagi baik dari aku. Aku sedih kerana aku tidak dapat mengenalinya secara bersemuka. Tidak mengapa, mungkin ada hikmah disebalik peninggalan aku. Aku berharap yang terbaik. Terima kasih atas segalanya, penagihah! 💖
Comments
Post a Comment