NEW YEAR, OUR YEAR
Assalamualaikum, dengan kalimat bismillah pembuka bicara, aku bersua dengan kata kata kesyukuran terhadap tuhanku, Allah Yang Maha Esa Lagi Maha Kaya. Engkau memberikan aku satu kesyukuran tak terhingga. Terima kasih atas apa yang kau beri selama kehidupanku sehingga tahun 2019 ini, ya Allah. Sungguh tidak terucap di bibir membibitkan setiap rasa syukur yang tak terhingga sehingga kini. Alhamdulillah ala kulli hal yang telah kau permudahkan.
Bermula langkah aku di permulaan 2020. Pelbagai cabaran dan saingan keduniaan yang perlu aku temui dan tempuhi dengan sabar. Sungguh, ia semakin berat. Akan tetapi, aku yakin pada Yang Satu, yang sentiasa memberikan aku pengharapan yang mungkin hari ini akan menjadi hari yang terbaik.
Terima kasih 2019, atas pemberian penghargaan yang mungkin berakhir dengan pelbagai fana dan kenangan, kegembiraan dan kesedihan yang bercampur baur yang tak mungkin dapat aku lupakan. Biarlah ia kekal menjadi satu sejarah dalam sebahagian dari hidupku.
Detik 2020, memberi satu keazaman yang hebat buat diriku namun ada dari setiap itu cabaran dan ujian yang mungkin bakal akan aki hadapi. Aku berharap sesuatu daripadaMu, ya Allah. Yang selalu mengetahui segala isi tersurat dam tersirat di dalam hati. Yang tak dapat aku tulis dan aku menggambarkan, mungkin Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik buat diriku, si hamba yang tidak punyai apa apa selain kehebetanMu. Semoga tahin ini, dapat memberikan banyak kebaikan dari setiap perkara yang aku lalui. InshaaAllah. Allahumma aamiin. Ku doakan kebaikan terhadap pembacaku. Terima kasih, dan semoga dipermudahkan urusan olehNya.
Comments
Post a Comment