LEMAH
Assalamualaikum, lama jugak aku tak bersua dan menulis dalam blog. Semuanya berkaitan dengan luahan dan keluhan aku. Takde satu pun perkongsian berkenaan ilmu di dalam ceritaku. Tak mengapalah. Asalkan aku bercerita. Kini dah masuk ramdhan ke-4 alhamdulillah, masih lagi aku gagah. Kuat dan sihat. Berkaitan dengan tajuk yang ingin aku sampaikan. LEMAH. Memang aku lemah, aku tak kuat hakikatnya tetapi aku sedar kekuatan aku itu ada pada tempat yang tertentu. Kekuatan aku ada pada diri aku, that is why aku masih lagi kuat nak hadap kesusahan yang menimpa aku. Aku mungkin di mata kau aku lemah. Aku lemah kerana aku kasihkan orang, kerana aku masih lagi bersikap baik dengan orang, walaupun akhirnya aku dipijak, dihina, diabai, tiada penghargaan. Aku terima benda tu dengan hati yang terbuka.
Aku tak salahkan sesiapa. Mungkin ini adalah aku, kerana INI ADALAH AKU, aku yang kau anggap dulu, sudah tidak ada. Aku yang kau anggap lemah bukan selemah yang kau sangka, malah kau silap menilai aku. Aku bukan hadir dalam hidup kau untuk dipijak dan dibiar di tepi jalan. Tidak, aku adalah aku. Aku hadir kerana kau membuatkan aku rasa seperti hadirnya seorang kawan yang ingin berkawan dengan aku. Ya, aku mengaku yang aku tidak lah tidak mempunyai kawan. Tetapi, bagi aku erti kawan tu adalah orang yang datang dan pergi dalam hidup kau. Kau datang dalam hidup aku membawa harapan yang palsu. Aku terkilan. Apakah salah aku? Dimana silap aku melayan kau sebagai kawan? Apa yang aku tertinggal dalam persahabatan? Sanggup kau berdusta hanya kerana apa? kerana perasaan kau dan cinta kau?
Aku sangat terkilan. Luka dan peritnya hati usahlah kau bermadah. Hanya Tuhan yang tahu betapa sakitnya tatkala aku titiskan hampir setiap hari memikirkan di mana salah aku mendidik kawan-kawanku? Kau mungkin sedar atau tidak sedar akan perkara yang berlaku. Usahlah kau berkata yang aku bercakap buruk tentang kau. Usahlah kau mengatakan kau ada seorang jalanan yang hanya mampu berdiri di tepi jalan kelihatan tersadai, usang, keseorangan. Usah kau berkata begitu. Sangatlah tidak layak kau berkata begitu, kerana masih ada lagi rakan rakan yang setia dalam hidup kau. Menemankan kau dalam kegelapan, menghadiahkan kau pelangi selagi dia masih punyai kekuatan. Masihkah kau tidak sedar. Aku sungguh terkilan akan sikap kalian. Sungguh. Terkilan. Sudahlah hati aku ini terguris akan kata-kata kau. Bukanlah hak aku untuk pisahkan dua hati yang telah sebati, tetapi apakan daya, aku pilih orang yang berkata benar. Jangan kau berkata yang aku telah dihasut atau dipengaruhi mindaku untuk membenci kalian. Tidak. Tidak. Aku cuma tertanya apakah kalian sanggup kehilangan satu persahabatan yang kalian sudahpun bina sejak tatkala kali pertama kita bersua dan berlisan?
Apakah kau tega memilih keterpaksaan, sedangkan kau punyai pilihan untuk kau putuskan. Aku tidak mampu untuk meneruskan kata-kataku. Terlalu kelat dan pahit lidah terasa pabila asyik menghembus kata-kata kesat yang mengundang dosa. Tidak sudah kurasa tubuhku bergerak. Layu, terkujur, tiada daya untuk aku bangkit dari kejatuhan ku. Sungguh, bukanlah senang seperti yang kau katakan. Detik demi detik, jam demi jam, hari demi hari, aku gagahkan jua untuk aku bangkit dan bangkit dan terus bangkit dari lenaku. Cukuplah madahan-madahan ini yang mengundang definisi kau berkata LEMAH terhadap kudrat ku seorang wanita. Kerana aku wanita, yang bukan lah punyai kekuatan yang maskulin yang ada di setiap daripada mereka. Bukan lah kuat yang cuma kuatnya dari fizikal. Kau lelaki LEMAH dalam mengekspresi, aku wanita LEMAH dalam emosi. Kudrat kita tidak sama.
Baiklah itu saja kata-kataku, mungkin inilah padahnya yang aku terima dari TuhanKu, aku doakan kesejahteraan kalian, moga kalian sentiasa bahagia dan bahagia selalu. Terima kasih atas kenangan yang tidak mungkin kita putarkan balik. Biarlah ia menjadi saksi kisah persabahatan kita yang dahulu, kini dan selamanya. Terima kasih. Assalamualaikum.
Comments
Post a Comment