Derita

Salam, sudah lama aku tidak menulis cerita aku sampai hari ini. Aku memohon maaf atas kelewatanku. Dengarlah kisahku.

Legap sudah hati,
Tenggelam dalam kelemasan,
Sudah malap,
Dek kerana derita yang tertanggung,
Cukup sudah rasa sakit,
Pedih ini,
Cukup saja luka yang sudah dibuka,
Tidak lagi bisa disembuh,
Oleh kerana binasa orang,
Lerai sudah cantuman,
Lerai sudah badan,
Rintihan,
Panahan demi panahan,
Luka semakin dalam,
Robekan demi robekan,
Tidak lagi menjadi nasi,
Hancur,
Menjadi air.
Rintikkan titisan air mata,
Jatuh menyembah bumi,
Rengekkan suara suara tangisan,
Memecah kesunyian,
Membuka mata semut ketiduran.
Akan tetapi,
Itu hanyalah ujian,
Yang membuatkan diri ini masih kukuh,
Utuh,
Teguh berdiri,
Untuk melangkah kehadapan,
Biarpun hati sudah tertutup,
Demi menjaga hati,
Seorang sahabat.

Itu sahaja cerita aku untuk harini. Biarpun rintihan yang aku dapat. Tak.mengapa. Tuhan aku ada. Biar Dia yang menjagaku. Assalamualaikum.

Comments

Popular Posts