WHY??

Hancur luluh,
Berat rasanya aku nak melangkah.
Mengapa aku harus menitiskan air mataku hanya untuk seorang lelaki?
Mengapa perlu aku penatkan diri aku untuk gigih mencari cinta?
Kenapa dan kenapa?
Aku terfikir dan termangu seketika
Aku tidak berharap kau pulang buat diriku,
Aku tidak meminta kau untuk kembali ke pangkuanku,
Tetapi,
Aku terkelu,
Saat kau sendiri memungkiri janjimu sendiri,
Di kala aku di sini,
Masih dan tetap berpegang teguh pada janjimu.
Mengapa?
Kau tinggalkan aku dek kerana apa?
Rupa?
Tubuhku yang gempal?
Atau penampilanku yang tidak setanding dengan perempuan idamanmu?
Tidak pernah sesekali aku merendah-rendahkan kau,
Tidak sesekali aku bertanya tentang kekayaan atau kemiskinanmu,
Tetapi,
Mengapa kau sanggup sekali mengatakan aku sebegitu sekali?
Tidakkah kau sedar, hatiku dan juga perasaanku,
Tidakkah kau mengerti perasaan sayangku pada kau.
Walaupun bukanlah berada dalam ikatan yang sah,
Mengapa? Mengapa? Mengapa?
Aku kecewa sekali,
Dengan kau dan perasaanku,
Sungguh aku penat dan lelah,
Terima kasih kasih atas ajarmu

Comments

Popular Posts